Thursday, December 16, 2010

Hari Asyura - 10 Muharam

Hari ini bersamaan 10 Muharam adalah Hari Asyura. Aku pun hampir2 nak terlupa. Nasib baik ada yang mengingatkan aku untuk berpuasa hari ini.

Ada beberapa perkara yang sunat di lakukan pada Hari Asyura ni..(selaen dari masak bubur asyura..hehehe). Antara perkara2 nya adalah seperti berikut...
  1. Melapangkan masa / belanja anak dan isteri  
  2. Memuliakan fakir miskin  
  3. Menahan marah  
  4. Menunjukkan jalan yang lurus/membetuli orang sesat/orang yang salah(terpesong aqidah(tauhid) dan akhlaknya)  
  5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim(menghormati dan memuliakan mereka)  
  6. Bersedekah  
  7. Memelihara kehormatan diri 
  8. Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."  
  9. Bercelak  
  10. Membaca Qulhuwallah(Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali  
  11. Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.  
  12. Menjamu orang berbuka puasa  
  13. Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

Tapi jangan lak..dalam satu tahun tu...pada Hari Asyura ja kita blanja isteri, memuliakan fakir miskin, menahan marah, menunjukkan jalan yg lurus, bersedekah ataupun menjaga kehormatan diri yer...Sunat untuk di lakukan pada Hari Asyura tapi amatlah di galakkan kalo ianya diteruskan sentiasa.
 
Hopefully, ramai la kengkawan yang berpuasa hari ni. Kalo tak puasa pun, mungkin leh wat perkara2 sunat yang laen ya...(especially menjamu org berbuka puasa..kalo blanja makan pun..kira gak kan? hehehe).
 
Kepada yang berpuasa..selamat berpuasa dan berbuka nanti yer...lagik best kalo berbuka ngan bubur asyura..ahaks!! Resipi Bubur Asyura.
 
 

0 komen: