Monday, December 29, 2008

REUNION DINNER ALMASHOOR 2008



Alhamdulillah...selesai sudah event yang aku tunggu2 sepanjang tahun. Bukan apa..aku bertanggungjawab untuk meng'organize' event kali ni. Event neh dah sibuk di bincangkan dari awal tahun lagik...sebab kami membuat perbincangan online di Yahoo Group mengenai tarikh, lokasi dan juga jenis event yang hendak diadakan...

Setelah perbincangan yang agak lama dan mendalam, kami semua telah bersetuju untuk mengadakan REUNION DINNER untuk bekas2 pelajar AlMashoor Perempuan bagi batch PMR 1998 dan SPM 2000 pada 27 Disember 2008 bertempat di Hotel Sunway Seberang Jaya.

Aku amat bersyukur kerana ada kawan2 yang turut membantu untuk menjayakan majlis kali ini, Cik Nor yang bertanggungjawab dalam memilih lokasi dan menguruskan segala hal berkenaan dengan hotel, Puan Diyana Farid yang bertanggungjawab untuk mengutip duit dan menguruskan segala hal berkenaan dengan duit (kiranya bendahari la...), Cik Azrani yang bertugas untuk menguruskan slot kuiz serta kawan2 laen yang telah membantu di dalam Group untuk menetapkan tarikh dan lokasi.....

So, REUNION DINNER telah bermula jam 8 malam...bermula dengan 'registration'. Semua di minta untuk mengisi alamat terkini, phone number dan email yang boleh dihubungi dan juga pekerjaan masing2. Proses ini sengaja dilakukan untuk mendapatkan maklumat terkini kengkawan aku neh semua....

Selepas 'registration', semua akan mendapat door gift (non-woven bag kaler itam siap ngan printing "REUNION DINNER" kaler gold, dan jugak shoe bag - yang terdiri dari kaler kuning, oren, biru atau merah). Selepas mengambil door gift, semua yang hadir, di kehendaki mengambil gambar sebelum masuk, samada gambar bersama2 kawan2 yg hadir, atau pun pasangan yang hadir.

Selepas proses2 di atas, semua dibenarkan masuk ke bilik TERRACE yang telah di setting dengan begitu cantek skalik oleh pihak hotel. aku sendiri kagum dengan setting bilik tu....sangat2 cantek. tapi kureng la sebab belon2 dia kaler purple, bukan kaler itam n gold yg aku dah request.

Aku memulakan majlis dengan sedikit ucapan pembukaan dan terima kasih, lepas tu...terus ke acara makannnnnn....pergh...makanan dia punya la banyak,sampai tatau nak makan yang mana...kalo ikutkan, menu yang disediakan oleh pihak hotel ada "International Menu". Mmg international pown....dari nasik, ke chicken grilled, indian curry, spaghetti dan apa ntah...

Aku sempat makan nasi ngan chicken grilled dan daging jek...tu pown kalut2 makan...sebab nak pi catch up sembang2 ngan member dan nak pi jadik MC sat...hurm...tapi sempat la makan buah2 yang disediakan...kalo ikut kata member2 aku, mmg sedap2 la makanan tu semua...isk isk...rugi aku tak makan banyak2...tapi apakan daya...tak sempat...hehehhehe...

Sambil makan, aku pown pasang photo slide yang aku dah buat (buat kalut2 lak tu)...slide yang pertama, adalah berkenaan dengan gambar2 waktu skolah dulu...hurm..tapi gambar2 yang ada dalam koleksi aku saja la....

Slide yang kedua...adalah gambar2 sewaktu reunion2 yang lepas - UIA, rumah Huda dan Telok Bahang. Dan slide yang terakir, semua majlis2 kenduri kawen atau bertunang yang aku pergi....hurm...okay la jugak...ala2 mengimbau kenangan silam...ramai yang kagum dengan gambar2 yang ada...maklum la...sesetengan pasangan...tak pernah tgk semua koleksi2 gambar2 yang ada tu...hehehe...

Lepas makan2...kami teruskan dengan sesi kuiz, ekceli dimulakan awal...sebab Cik Mariam kata dia dah nak balik...so Azrani pown mula la dengan sesi kuiz dan soklan pertama...(dengan persetujuan semua....) di tujukan kepada Cik Mariam...ala2 denda la sebab dia dah nak balik...hahahhaa....soklan best lak tu...."nyanyikan baris pertama lagu skulah"...ahaks...pergh...seb baek Cik Mariam pass...hehehee....

Sesi kuiz berterusan sehingga 20 soklan...semua berjaya menjawab soklan2 samada dengan sendirinya atau pun dengan bantuan kengkawan di bawah...hehehe...okay la tu...tak kira la...bekas pelajar almashoor ataupun pasangan2 nya...terpaksa menjawab2 soklan2 itu juga...

Habes tu semua...kami ke sesi Group Photo...ahaha...terasa mcm glemer la pulak seketika...sebab banyak giler kamera yang menangkap gambar2 neh sumer...ahaks!

Lepas sumer agenda2 selesai....semua lepak2 kat bilik tu sampai kul 11 malam sebelum mengundur diri...alhamdulillah semua nya berjalan dengan lancar...ekceli aku sendiri pown tak sangka akan selancar tu...alhamdulillah...hehehehe...

p/s: gambar2 akan aku sertakan kemudian...terima kaseh juga kepada Nisha yang sudi datang last2 minit menggantikan adik aku yg dah masuk uitm untuk menjadik fotografer aku...maceh...

3 komen:

nisha said...

fuh...ingt jugak akak akan jasa sy...hahaha

Anonymous said...

Hi Gals,
Looked like you'all had a wonderful reunion and of catching-ups. It makes me proud to see each of you growing up & having your own successful life. That's waht teachers wish to see of their ex-students. Reach for the stars, Almashoorians! SALAM RAMADHAN TO ALL! Warm regards, Mr Chong (yes, I'm still here - 21 yrs!)

de_are_na said...

MR CHONG!!!!!

Wow...really missed all the teachers from back then..you are still there? Maybe need to give you a visit next time...

Thanks...please drop me an email at de_are_na@yahoo.com